ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERKANDUNG DI DALAM RUANGAN BLOG INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA TERUTAMANYA PARA PENDIDIK SERTA PARA PELAJAR KHUSUSNYA::::: TERIMA KASIH. WASALAM

Friday, November 21, 2008

HANYA KEPADA ALLAH KITA MEMOHON PERTOLONGAN

Segala puji bagi Allah Ta’ala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, dalam usaha membuat blog ini, moga-moga ia memberi manfaat, bacaan serta rujukan di kalangan masyarakat umum, maka dengan rasa syukur di panjatkan kepada Allah s.w.t, kerana dengan limpahan rahmatNya saya dapat menyiapkan blog ini.
Islam menentang sikap berlebih-lebihan dalam berhias sampai kepada suatu batas yang menjurus kepada suatu sikap mengubah ciptaan Allah yang mana ditegaskan dalam al-Quran, bahawa mengubah ciptaan Allah itu sebagai salah satu ajakan syaitan kepada pengikut-pengikutnya, dimana syaitan akan berkata kepada pengikutnya itu sebagai berikut:
"Sungguh akan kami pengaruhi mereka itu, sehingga mereka mau mengubah ciptaan Allah." (an-Nisa': 119)

Manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Berbahagialah seorang hamba yang pandai bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan Allah SWT. Sesungguhnya orang yang bersyukur adalah orang yang hanya berfikir bahawa kurniaan yang telah Allah berikan adalah hanya sebuah sarana yang menjadikannya hamba yang paling dekat kepada-Nya

Sedarilah, orang yang pandai bersyukur itu tidak pernah melihat apakah yang diberikan kepadanya itu berupa kenikmatan ataupun ujian dan dugaan. Kita diberi potensi yang cukup banyak. Kita gunakan semua potensi yang telah Allah berikan dengan sebaik-baiknya.

Hidup akan terasa indah, jika kita mahu menikmati setiap episode kehidupan yang kita jalani. Hidup bukanlah untuk menyesali kondisi yang ada, kerana kita perlu mengambil hikmah dari setiap kejadian yang alami. Hidup memang penuh jalan yang berliku, selalu dihadapkan dengan masalah, besar atau kecil. Maka sadarilah saudaraku, setiap masalah yang kita hadapi adalah sebuah tahap menuju suatu kedewasaan dalam menjalani serta mengharungi kehidupan ini.

Saudaraku, mari kita manfaatkan segala potensi yang telah Allah berikan kepada kita. Berbahagialah orang yang hidupnya dalam naungan terang benderangnya cahaya hidayah. Namun, menangislah jikalau kita di jauhkan dari hidayah Allah SWT. Hidup ini sebenarnya akan indah bila kita berada di “rel”-Nya.

Sebagai penerbit, besar harapan saya semoga blog ini akan dapat memberi menfaat dan bimbingan kepada pembaca sekalian. Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan kami, oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan harap mohon maaf. Teguran membina amatlah di alu-alukan untuk membetulkan kesilapan sedia ada.

TAJUK DAN ALAMAT URL LAMAN WEB BAHAN BANTU PENGAJARAN UNTUK GURU PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat beberapa laman web yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi tujuan P&P Pendidikan Islam. Antaranya:-

http://www.gemaislam.net/

Al-Quran
http://quran.al-islam.com/Subject/Tree.asp?1=eng&p=0-1092-
http://quranjakim.islam.gov.my/
http://www.duas.org/Misc/etiqquette_reci_HQ.htm

Hadis
http://hadith.al-islamm.com/Bayan/
http://fortyhadith.iiu.edu.my/
http://hadisjakim.islam.gov.my/

Ulum Syariah
http://www.e-fatwa.gov.my/default.asp
http://hajj.al-islam.com/
http://www.e-zakat.com.my/
http://www.halaljakim.gov.my
http://anwary-islam.com/

Adab dan Akhlak Islamiah
http://www.ikim/gov.my/bm/pusat/ppl.htm
http://islaam.org/Etiquettes/Etiqu-1.htm

Usul Fiqh
http://www.usc.edu/dept/MSA/law/alalwani_usulalfiqh/
http://www.fatwa.org.za/usul_fiqh_all.htm
http://abuismael.blogspot.com/2006/04/usul-fiqh.html
http://www.witness-pioneer.org/vill/Books/SH_Usul/default.htm

Aqidah
http://www.ummah.net/Al_adaab/tahawi.html
http://www.amislam.com/aqidah.htm
http://aqidahislam.wordpress.com/

Ibadat
http://www.islamicity.com
http://islamweb.net/ver2/MainPage/indexe.php
http://www.darulkautsar.com
http://www.syariahonline.com.new_index.php
http://al-qayyim.net

Thursday, November 20, 2008

InfO Ad-DiN...

عن عائشة رضى الله عنها قالت: أن جارية من الانصار تزوجت وأنها مرضت فتمعط شعرها فأرادوا أن يصلوها فسألوا النبي صلى الله عليه وسلم فقال : لعن الله الواصلة والمستوصلة ....
(رواه البخاري)

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a, beliau berkata: seorang perempuan Ansar telah berkahwin kemudian dia sakit sehingga gugur rambutnya. Keluarganya hendak menyambung rambut perempuan tersebut. Mereka bertanya Nabi s.a.w baginda menjawab: Allah melaknat perempuan yang menyambung dan yang meminta di sambung rambutnya…

1. Menurut pendapat Imam Ahmad Bin Hanbal: Menyambung rambut dengan benang atau perca kain adalah di haruskan. Ia dilakukan kerana keperluan seperti untuk menguatkan jalinan rambut. Jika berlebihan hukumnya makhruh.
2. Menurut Mazhab Syafi’e, menyambung rambut dengan menggunakan rambut anak adam adalah haram. Di haruskan menggunakan bahan selain rambut anak adam dengan beberapa syarat. Antaranya; bahan itu tidak najis dan bagi kaum wanita hendaklah mendapat keizinan suami, tetapi di haramkan kepada wanita yang belum bersuami.

كتم ialah sejenis tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna hitam. Ia boleh digunakan untuk mencelup rambut dan membuat dakwat.

Menghilangkan bulu yang tumbuh seperti janggut atau misai bagi wanita adalah harus kerana ia boleh mendatangkan keaiban dan fitnah.

Diceritakan dalam riwayat Ahmad dan Tarmizi mengenai peristiwa Arfajah Bin As’ad yang tercedera hidungnya semasa peperangan. Al-Kilab mengubatinya dengan memasukkan daun-daun tetapi berubah menjadi busuk. Maka Rasulullah s.a.w menyuruhnya menggantikan dengan emas.

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH



عن ابن مسعود رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.


HuRAIAN rINGkaS

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w menjelaskan perbuatan-perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah. Perbuatan-perbuatan tersebut ialah membuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi, dan perbuatan-perbuatan mengubah ciptaan Allah termasuk pembedahan plastic untuk kecantikan, menukar jantina dan sebagainya. Perbuatan ini dilarang kerana ia merupakan amalan bermegah-megah, melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.

Setiap muslim beriman wajiblah menjaga tubuh badannya dengan baik dan sempurna. Mereka dilarang mengubah suai serta menghiasnya dengan tujuan yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan Demi sesungguhnya, Aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran), dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.
(Surah an-Nisa’: 119)


LaRaNgaN yanG tErDApAT DAlam HadIth.

1- Membuat Tatu


Tatu ialah membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang. Ia dibuat dengan menggunakan warna-warna tertentu dengan menusuk-nusuk jarum pada anggota badan.perbuatan ini adalah haram dan dilaknat oleh Allah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi :


عن ابن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن الواصلة والمستوصلة والواشمة والواشرة والمستوشرة

(متفق عليه)

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung dan yang meminta disambung rambutnya, perempuan yang membuat tatu, yang mengasah gigi dan yang meminta diasah giginya.


2- Menjarangkan gigi

Termasuk perbuatan yang dilarang dalam hadith ialah menjarangkan gigi atau mengasah gigi. Perbuatan jni dilarang kerana ia mempunyai unsur penipuan dan menghias diri yang berlebihan. Walaubagaimanapun, terdapat pengubahan yang diharuskan seperti memperbaiki gigi yang rosak, sumbing dan sebagainya, yang bertujuan untuk perubatan dan pemulihan.

3- Mencukur alis

Amalan mencukur alis, mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekelipun adalah haram dan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah dalam hadith.


PERkaRa-pErKArA yANG TErmAsUk DAlaM mEnGuBaH cIPTaan ALLAH

1- Menyambung rambut

Antara cara yang dilakukan oleh kaum wanita untuk menghias diri ialah menyambung rambut. Mereka menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala. Perbuatan ini diharamkan oleh Allah s.w.t sama ada wanita itu sendiri yang melakukannya atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam dan juru solek. Perbuatan menyambung rambut ini haram kerana ia mengandungi unsur-unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah. Termasuk dalam larangan menyambung rambut ialah perbuatan menanam rambut di kepala, memakai rambut palsu dan termasuk cara-cara lain yang dilakukan oleh sesetengah orang pada zaman sekarang.


2- Mewarna rambut

Mewarna rambut ialah mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang tertentu. Perbuatan mewarna rambut pada asalnya diharuskan dalam Islam. Antara bahan-bahan yang diharuskan ialah inai dan katama. Penggunaan bahan-bahan pewarna dan pencelup yang berleluasa sekarang dalam masyarakat perlulah diambil perhatian yang sewajarnya. Bahan-bahan yang digunakan mestilah suci dan halal dan tidak menghalang air dari sampai ke rambut apabila mengangkat hadas besar.

عن أبي ذر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ....ان أحسن ما غيرتم به الشيب : الحناء والكتم

(رواه الترمذى وأصحاب السنن)


Maksudnya: Daripada Abu Dzar r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah inai dan katama( sejenis tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna hitam. Ia boleh digunakan untuk mencelup rambut dan membuat dakwat.)


3- Mengubah anggota badan

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
(Surah at-Tiin :4)

Manusia perlu bersyukur di atas anugerah kejadian yang sempurna. Antara tanda bersyukur ialah tidak mengubah suai bentuk mana-mana anggota tubuh dengan berbagai cara. Antara cara tersebut ialah melakukan pembedahan dan pemindahan anggota badan.

Islam menharamkan sebarang usaha pengubahsuaian anggota badan terutamanya yang dilakukan semata-mata untuk kecantikan. Walaubagaimanapun pembedahan untuk memulihkan kecacatan atau menggantikan anggota yang tidak berfungsi adalah harus, antaranya:

3.1- Pemindahan organ

i. Memindahkan anggota badan manusia yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti pembedahan pemindahan mata, jantung dan buah pinggang lepada orang yang memerlukannya.

Menurut fatua Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bekas Mufti Mesir, pembedahan ini diharuskan dengan beberapa syarat:

- Dipastikan dahulu tentang kematian orang yang menghadiahkan anggotanya oleh doctor yang amanah.
- Yakin tentang kejayaan pemindahan tersebut dan tidak berdasarkan sangkaan sahaja
- Benar-benar berada dalam suasana darurat
- Pembedahan dan pemindahan dilakukan dengan penuh telita, cermat dan berhati-hati.
- Mendapat keizinan ahli waris

ii. Pembedahan pemindahan anggota manusia yang diambil dari binatang yang ada persamaan dengan manusia seperti monyet ( cimpanzi). Hukumnya adalah di haruskan dalam Islam, kerana tidak ada dalia yang jelas tentang pengharamannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya
( Surah Al-Jaathiah: 13)


Pengertian 'sakhhara' dalam ayat bermaksud kemudahan dan faedah untuk manusia. Allah menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi untuk kemudahan dan faedah bagi manusia. Apa-apa yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada manusia termasuk pembedahan adalah diharuskan walaupun dari anggota binatang kecuali anjing dan babi.

3.2- Pembedahan plastik

i. Harus dengan tujuan perubatan dan pemulihan seperti mengambil kulit peha untuk menutupi kulit muka yang terbakar, kulit kepala menggantikan bibir mulut yang rosak dan sebagainya.
ii. Haram dengan tujuan kecantikan semata-mata.


4. Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya

Antara perkara yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Allah menciptakan manusia samada lelaki dan perempuan untuk saling melengkapkan diantara satu sama lain. Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah dan rahsia yang kadang-kadang tidak dapat diketahui oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas. Perbuatan yang keji dan tidak bertamadun ini berlaku secara berleluasa dalam masyarakat hari ini tanpa segan silu. Antara hadith Rasulullah s.a.w yang melarang dan melaknat perbuatan yang keji ini ialah:

عن ابن عباس رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لعن الله المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
(رواه البخاري)


Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w, Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.

KAEDAH MENGISTINBATKAN HUKUM

Ulama’ mengistinbatkan hukum haram membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi untuk kecantikan dan yang mengubah ciptaan Allah berdasarkan kepada perkataan “لعن” dalam hadith Ibnu Abbas. Perkataan “لعن” membawa maksud laknat, iaitu Allah melaknat dan melarang perbuatan tersebut degan larangan yang pasti. Ia membawa hukum haram melakukannya.

Termasuk di dalam hukum haram dan perbuatan yang dilaknat ialah perbuatan menyambung rambut, mewarnakannya dengan bahan yang najis, pembedahan plastik atau organ yang dilakukan untuk kecantikan semata-mata dan lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Semua perbuatan tersebut adalah haram dilakukan kerana termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah seperti yang dijelaskan oleh hadith.


HIKMAH LARANGAN

1. Mengubah kejadian Allah yang asal
2. Meahirkan perasaan sombong dan takabur
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah
4. Terdapat unsur penipuan dan kepalsuan
5. Menyerupai amalan orang kafir
6. Menjejaskan kesihatan dan memudaratkan anggota tubuh
7. Bukan budaya hidup Islam

PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN

1. Memakai inai dengan tujuan berubat hukumnya adalah sunat
2. Pembedahan mata untuk memulihkan penglihatan
3. Pembedahan jantung bertujuan untuk menyelamatkan nyawa
4. Pembedahan buah pinggang untuk mengembalikan proses perkumuhan
5. Membaiki gigi yang rosak sama ada menanam, menyamakan, dan sebagainya untuk keselesaan.

PENGUBAHAN YANG DI HARAMKAN

1. Pembedahan plastik untuk kecantikan semata-mata
2. Mengubah jantina
3. Mencabut atau mencukur bulu kening
4. Membesarkan payu dara
5. Memakai susuk.

PENGHAYATAN

1. Sentiasa bersyukur dan menghargai ciptaan Allah.
2. Sentiasa redha dengan kejadian diri
3. Sentiasa yakin bahawa Allah sebaik-baik Pencipta
4. Sentiasa menjauhkan diri dari sifat sombong dan takabur.

SET INDUKSI

PETA MINDA


PERKARA-PERKARA YANG MENGUBAH CIPTAAN ALLAH


CONTOH MENGUBAH CIPTAAN ALLAH


Thursday, November 6, 2008

LARANGAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH


Nabi s.a.w bersabda :


لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ


"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan" - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-


( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .


"Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah yang lebih tahu sebaiknya."

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa'at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :


تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً


"Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara', bahkan ia juga diperlukan"

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : "As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.", iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.


WANITA TIDAK BOLEH MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SUPAYA TAMPAK LEBIH BAIK DAN LEBIH CANTIK


Oleh : Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani


Pendapat Syaikh al-Albani:
Dari Ibnu Mas’ud ra ia berkata Rasulullah saw bersabda : “Allah melaknat; wanita-wanita yang menato dirinya, wanita-wanita yang minta dirinya ditato, wanita-wanita yang menyambung rambutnya, wanitawanita yang mencukur bulu alisnya, wanita-wanita yang minta dicukur bulu alisnya, dan wanita-wanita yang minta direnggangkan giginya agar terlihat bagus; karena mereka telah mengubah ciptaan Allah.” (Lihatash-Shahihah No. 1568)
Kaum wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari penciptaannya yang telah Allah ciptakan untuknya baik menambah atau mengurangi, supaya tampak lebih baik dan lebih cantik, baik untuk suaminya atau untuk yang lain, seperti wanita yang memiliki alis yang berdekatan, lalu menghilangkan bulu-bulu yang ada di antara keduanya yang menghasilkan terpisahnya kedua alis atau sebaliknya. Juga wanita yang memiliki gigi yang lebih lalu dicabut, atau gigi yang kepanjangan kemudian dipotong sebagiannya. Atau ia mempunyai jenggot dan kumis atau jambang maka dihilangkan dengan dicabuti. Atau rambut yang pendek atau rontok lalu disambung dengan rambut orang lain. Kesemuanya masuk ke dalam larangan yaitu: merubah ciptan Allah. Tetapi dikecualikan karena darurat atau gangguan seperti wanita yang mempunyai gigi lebih atau kepanjangan yang mengganggu proses makannya.


ash-Shahihah (VI/694/Bagian Pertama)


Ensiklopedi Fatwa Syaikh Albani


HUKUM MENYAMBUNG RAMBUT


Apakah hukumnya wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan (wig/sanggul/konde, red) ?


Kaum wanita diharamkan/dilarang menyambung rambut mereka dengan rambut tambahan(wig/sanggul, red) atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu/konde) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)”, red)

Dan disisi Allah-lah seluruh kesuksesan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya.


Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia


Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ Afifi
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan


Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Halaman 193, Pertanyaan nomor 10 dari fatwa No. 9850; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Pertanyaan 5 Halaman 8.


(Diterjemahkan dari Fatwa Online)


Pertanyaan :
Apa hukumnya jambul yang digunakan oleh sebagian wanita? Yaitu jambul rambut dari atas dahi yang dipintal beberapa helai kemudian dibiarkan terulur ke depan?


Jawaban:
Alhamdulillah, jika tujuan memakai jambul seperti itu untuk menyerupai wanita-wanita kafir dan sesat maka hukumnya jelas haram. Sebab tasyabbuh (meniru-niru) non muslim hukumnya haram. Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.”


Adapun jika tujuannya bukan untuk menyerupai mereka, namun hanya sebatas model yang sedang populer di kalangan wanita, maka menurut kami hal itu boleh, selama hal itu tergolong perhiasan yang dipakai untuk berhias diri di hadapan suami dan dapat menaikkan kedudukannya bila dipakai di hadapan teman-teman sebayanya. (Fatawa Lajnah Daimah V/181)


Pertanyaan :
Apa hukumnya wanita yang memendekkan rambutnya karena darurat, misalnya kaum wanita di kerajaan Inggris beranggapan bahwa mencuci rambut panjang adalah suatu hal yang sulit bagi mereka khususnya pada musim dingin, oleh karena itu mereka memendekkan rambut mereka.


Jawab:


Alhamdulillah, mereka dibolehkan memendekkan rambut sesuai kebutuhan jika kondisinya seperti yang diceritakan di atas tadi. Adapun jika mereka memotongnya dengan motif meniru wanita-wanita kafir tentu saja tidak dibolehkan. Berdasarkan hadits nabi yang berbunyi: “Barangsiapa menyerupai satu kaum maka ia termasuk golongan mereka.” (Fatawa Lajnah Daimah V/182)


Pertanyaan: Isteriku mengeluh rambutnya banyak yang rontok dan telah dikatakan kepadanya untuk memendekkannya, hal ini akan mengurangi yang rontok (dari rambut). Apakah hal ini diperbolehkan ?


Jawaban : Jika keadaannya seperti disebutkan, maka diperbolehkan (untuk memotong rambut menjadi pendek) karena hal ini akan mencegah kemudharatan lebih lanjut.


Dan disisi Allah-lah seluruh kesuksesan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya.


Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia
Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ Afifi
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Qu’ud


Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Halaman 182, Pertanyaan nomor 1 dari fatwa No. 6259; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Pertanyaan 28, Halaman 33.


(Diterjemahkan dari Fatwa Online)


TATOO,KIKIR GIGI DAN OPERASI KECANTIKAN HUKUMNYA HARAM






Thursday, 6 Oktober 2008


Mentatoo badan dan mengikir gigi adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w., seperti tersebut dalam hadisnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani) Tatoo, yaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebagian besar badannya. Bahkan sementara pengikutpengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristen melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang rusak ini dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, yaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu.

Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.

Dan yang disebut mengikir gigi, yaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir.

Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut al-Falaj, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum operasi kecantikan seperti yang terkenal sekarang karena perputaran kebudayaan badan dan syahwat, yakni kebudayaan Barat materialistis, sehingga banyak sekali perempuan dan laki-laki yang mengorbankan uangnya beratus bahkan beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat show dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti; lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, misalnya karena ada daging tambah yang dapat menimbulkan sakit secara perasaan ataupun secara kejiwaan kalau daging lebih itu dibiarkan, maka waktu itu tidak berdosa orang untuk berobat selama untuk tujuan demi menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Karena Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.

Barangkali yang memperkuat permasalahan tersebut di atas, yaitu tentang hadis "dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya cantik" seperti tersebut di atas. Dari hadis itu pula dapat difahamkan, bahwa yang tercela itu ialah perempuan yang mengerjakan hal tersebut semata-mata untuk tujuan keindahan dan kecantikan yang dusta. Tetapi kalau hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit atau bahaya yang mengancam, maka sedikitpun tidak ada halangan. Wallahu a'lam!


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH TANDA TIDAK MENSYUKURI NIKMAT


Islam melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.

Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, hukumnya menjadi harus.

Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal.

Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah an-Nisa’ iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

“Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.”

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah’ iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.

Terdapat juga hadis yang menyebut: “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuat tatu dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Riwayat Thabarani)

Tatu iaitu memberikan tanda pada muka dan kedua-dua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang Arab, khususnya golongan wanita membuat tatu di sebahagian besar tubuh badan mereka.

Bahkan pada masa pengikut agama membuat tatu dalam bentuk persembahan dan lambang agama mereka, misalnya orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang dibuat tatu itu.

Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang membuat tatu atau orang yang minta dibuat tatu. Cantik biarlah selari dengan kehendak Allah dan cantik hakiki bermula dengan kecantikan dalaman (inner beauty).



PENGGUNAAN BOTOX DIHARAMKAN


Penggunaan botox untuk lebih muda diharam kerana ada bahan bernajis, berbahaya dan berunsur penipuan


ISLAM melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal bahagian tubuh manusia seperti diciptakan Allah SWT dengan alasan untuk kelihatan cantik selain bertujuan kosmetik.



Penulis buku ‘Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam’, Ahmad Dahlan Salleh, berkata pembedahan plastik dan kosmetik hanya dibenarkan Islam untuk tujuan perubatan dan kesihatan semata-mata manakala tujuan selain itu tidak dibolehkan serta haram mengikut syariat Islam.


Katanya, antara tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal.


“Contohnya jika seseorang yang cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk dilakukan pembedahan plastik terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.


“Ini disebabkan kejadian wajah manusia normal, mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal,” katanya yang juga Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Univesiti Kebangsaan Malaysia (FPI-UKM).


Keadaan lain yang dibenarkan syarak adalah pembedahan plastik itu dilakukan untuk memulihkan kesihatan seseorang yang sebelum ini sering terganggu atau semakin mudarat.


“Contoh kepada syarat ini adalah jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas, maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi memperbesarkan lubang hidungnya.


“Tetapi jika dia ingin menjalani pembedahan sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik, maka perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkan,” katanya.



Beliau berkata, antara nas dan hujah yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa’ iaitu Allah berfirman yang bermaksud:


“Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.’


“Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”


Ahmad Dahlan berkata, maksud kepada firman Allah itu adalah haram untuk manusia memburukkan fitrah kejadian dengan mengubah apa jua yang ditetapkan Allah.


“Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah’ iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya,” katanya.


Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.


“Keadaan ini boleh menyebabkan bahaya dalam proses mualamat (bermasyarakat) kerana seseorang penjahat mungkin boleh terlepas jika dia mengubahsuai muka atau bahagian anggota (sehingga identiti fizikalnya tidak lagi dapat dikenal pasti),” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Syariah FPI-UKM, Prof Madya Dr Mohd Nasran Mohamad


berkata, selain pembedahan plastik, individu yang menggunakan produk kosmetik juga terdedah kepada dosa jika menggunakan bahan yang mengubah ciptaan Allah dengan tujuan bukan kesihatan, memiliki unsur penipuan selain menggunakan bahan bernajis dan berbahaya.


“Menggunakan silikon untuk memperbesarkan payu dara juga diharamkan kerana ia berbahaya selain bukan untuk tujuan kesihatan. Botox pula haram bukan saja kerana bahan digunakannya bernajis dan berbahaya tetapi ia memiliki unsur penipuan,” katanya.


Dr Nasran bagaimanapun berkata, bagi sesiapa yang sudah melakukan pembedahan plastik, menggunakan bahan berbahaya seperti silikon atau membuat tatu, mereka tidak perlu mengeluarkan bahan itu atau menjalani pembedahan untuk mengembalikan bentuk asal jika prosedur itu mendatangkan mudarat.


“Sebaliknya mereka perlu bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak lagi mengulangi perbuatan dosa itu,” katanya.



FAKTA: Pembedahan kosmetik dan plastik


· Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal.


· Tujuan yang tidak dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.


· Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.


· Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.


HUKUM MEMAKAI KANTA SENTUH BERWARNA

Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawab:
Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:


"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya utk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.


Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.


Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."


Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.


Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?


Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.


Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.



Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:


"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:


1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.


2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.


Allahu’alam.


HARAM PEMAKAIAN SUSUK UNTUK KECANTIKAN



Sebagaimana yang kita maklum,susuk jelas diharamkan di dalam Islam. Ini kerana adanya unsur al-gharar(penipuan) dan keinginan merubah ciptaan Allah. Kini, sedang rancak ditayangkan di TV3, drama Susuk pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Meskipun mungkin niat penerbit atau pengarah drama tersebut ingin memberikan pengajaran, namun saya bimbang ia memudahkan untuk masyarakat awam meniru.




Semalam, seorang profesor telah mengeluarkan kenyataan bahawa susuk masih relevan untuk tujuan kecantikan wanita. Namun, kenyataan ini disanggah oleh Mufti Perak dan Mufti Selangor. Ini kerana, jelas mereka Malis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan susuk dan suntikan botox dilarang agama kerana unsur-unsur untuk mengubah ciptaan Allah.




Nah,lihatlah sekarang bagaimana masih ada di antara kita yang masih tidak mahu menerima pakai pandangan alim ulama. Dunia semakin hampir dengan kiamat. Dan di antara tanda hampirnya kiamat, apabila Allah mematikan alim ulama. Dan ketika itu,akan diangkat orang yang jahil. Apabila diminta fatwa,bukan sahaja dirinya sesat bahkan menyesatkan orang lain.




Justeru, mari kita agungkan kembali alim ulama kerana Yahya bin Mu'az(wali Allah) pernah berkata"Hendaklah kasih kepada ibu bapa kerana mereka melarang anak-anak dari bermain api, tetapi kadang kala hendaklah kamu kasih kepada alim ulama kerana ia melarang bukan setakat anak-anak tetapi ibu bapa juga dari menjadi bahan bakar api neraka!"