ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH::::: SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG INI. DIHARAPKAN APA YANG TERKANDUNG DI DALAM RUANGAN BLOG INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA TERUTAMANYA PARA PENDIDIK SERTA PARA PELAJAR KHUSUSNYA::::: TERIMA KASIH. WASALAM

Thursday, November 6, 2008

HARAM PEMAKAIAN SUSUK UNTUK KECANTIKAN



Sebagaimana yang kita maklum,susuk jelas diharamkan di dalam Islam. Ini kerana adanya unsur al-gharar(penipuan) dan keinginan merubah ciptaan Allah. Kini, sedang rancak ditayangkan di TV3, drama Susuk pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Meskipun mungkin niat penerbit atau pengarah drama tersebut ingin memberikan pengajaran, namun saya bimbang ia memudahkan untuk masyarakat awam meniru.




Semalam, seorang profesor telah mengeluarkan kenyataan bahawa susuk masih relevan untuk tujuan kecantikan wanita. Namun, kenyataan ini disanggah oleh Mufti Perak dan Mufti Selangor. Ini kerana, jelas mereka Malis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan susuk dan suntikan botox dilarang agama kerana unsur-unsur untuk mengubah ciptaan Allah.




Nah,lihatlah sekarang bagaimana masih ada di antara kita yang masih tidak mahu menerima pakai pandangan alim ulama. Dunia semakin hampir dengan kiamat. Dan di antara tanda hampirnya kiamat, apabila Allah mematikan alim ulama. Dan ketika itu,akan diangkat orang yang jahil. Apabila diminta fatwa,bukan sahaja dirinya sesat bahkan menyesatkan orang lain.




Justeru, mari kita agungkan kembali alim ulama kerana Yahya bin Mu'az(wali Allah) pernah berkata"Hendaklah kasih kepada ibu bapa kerana mereka melarang anak-anak dari bermain api, tetapi kadang kala hendaklah kamu kasih kepada alim ulama kerana ia melarang bukan setakat anak-anak tetapi ibu bapa juga dari menjadi bahan bakar api neraka!"


0 comments: